Saturday 2 March 2013

last ~~~

hari terakhir jalan dengan dia bha, sumpah aku sedih dari semalam sampai sekarang ...
aku ingat lagi, di sebabkan dia lewat ambi aku, aku marah dia dan aku tidak layan dia dalam 30 minit macam tu, sebab aku terlalu marah dengan dia.
dia hanya mampu senyum dengan aku dan memujuk tanpa henti sehingga aku give up dengan dia, sebabkan muka 20sennya lah aku ketawa...

dalam perjalanan pergi tempat dia nak pergi tu, adik pula ada call..
dia tanya aku di mana, aku bagi tahulah, aku di midvelly dengan my love dan kawan2nya.....
pastu hantar pula, kawan budak rumah syaiful sebab keretanya rosak so dia minta tolong bha , kesian pulak, dia minta hantar di telekom pergi jumpa kazen dia, so hantarlah.
sambung jalan balik pergi sungai wang dekat2 dengan low yat dan TS kan ...
sebelum jalan2 cari barang, makan dulu kami. sudah lapar tahap dewa dan dewi bha ...
makan kfc tu, part yang paling bestnya.. aku ambil kfc nya yang dia makan tu sebab ayam kfc ku besar2, dia punya kfc kecil so aku ambil lah kfcnya, tapi bergantilah bha ..
aku suka part yang dia suapkan aku cis wages, aku rasa dia memang romantik tapi dia tidak menyadarinya dan tidak tau semua tu ...

selesai makan kfc, jalan pulak cari kedai phone di sungai wang. cari kedai '' 00 '' ...
kami pun berlima cari kedai tu sampai tanya orang bha, tidak jumpa kedai tu mungkin kedai tu halimunan kali bha hahahah ... 
bikin penat saja bha cari kedai tu,last2 jalan pergi TS jumpa adik ku tapi time tu adik ku makan pulak.
so aku nak jalan dengan my bye, aku bagitahu yang aku nak baju tapi hakikatnya aku saja cakap macam tu sebab aku nak jalan dengan dia tapi adik aku kol, dia nak balik sudah ... so aku cepat tarik tangannya jumpa adik ku... dia pun marah time tu sebab tidak dapat beli baju...
aku hanya mampu senyum dengan dia.

tunggu2 adik ku, akhirnya sampai juga dia di mata ku, datang2 salam tangan .... hahahha
aku lupa pulak, yang aku nie kakak dia hahahhah :P
dia tanyalah di mana nak beli kasut bola, aku bagi tahu la di mana yang sepatutnya dia beli kn .. heheh .
my love pun nak pergi sana juga, tapi kami berpecah dengan adik ku, pastu jumpa balik di tempat adidas yang aku tunjuk tu, so tengok2 dulu adik ku nak beli apa...
pastu aku bagitahu aku nak jalan pergi pavi dengan dia dan kawannya.
kata nak pergi pavi tapi dorang pergi low yat tengok screen phone c jambu...
ikut lagi jalan2, sampai part nak pergi beli screen tu, ada pulak yang aku benci bertolak2 ..sakitnya hati ku, mahu saja aku tumbuk muka dorang tapi aku tidak tahu sapa orang nya hahah...

selesai jalan di low yat, jalan pulak ke pavi dengan dorang ...
sumpah sakit kaki ku tapi aku diam dan terus urut ... 
sambung jalan balik, temankan dia pergi ZARA dan DKYN . aku ikut saja lah...
aku suka, kalau dia mahu beli baju. dia akan tanya aku corak apa yang sesuai dan warna apa yang sesuai dengan kulitnya.
aku suka mainkan warna di badannya, sebab apa yang dia pakai semuanya sesuai.
dia nak belikan aku baju dekat ZARA tapi aku cakap dengan dia '' mahal bha'' rela aku beli baju di TS sebab murah boleh dapat 10 helai, dia ketawa saja...

jalan lagi cari bajunya di ZARA balik, kedai tu sudah tutup tapi dia masuk saja sampaikan kami ( aku dengan syaiful )  kena tahan di suru keluar so keluar la time tu ...
tunggu2 dia pilih baju pastu dia cari kami, aku bagi isyarat dengan dia '' suruh teruskan'' aku tunggu luar saja, sudah siap memilih bajunya. dia terus bayar dan menuju ke tempat kami, baru kami balik...

dalam perjalanan balik tu, entah kenapa aku sedih, aku terpikir hanya sekejab saja dia di sini dengan aku, esok dia balik sudah pergi penang.
aku pandang ke arah cermin kereta untuk mengelak dia tengok tapi dia perasan juga aku menangis..
dia tanya kenapa, aku hanya diam saja tidak mampu jawab apa yang dia tanya ...
dia peluk aku sambil sapu air mata ku, aku tidak boleh tahan air mata ku keluar macam air paip yang tidak tertutup . mengalir saja time tu...
habis tudung ku basah di sebabkan aku, dia tetap peluk aku dan sapu lagi air mata ku.

dalam pejalanan menuju vista (hostel ku), aku berhenti menengis sudah sebab aku tahu mata ku sudah bengkak habis sebabkan menangis . sampai di luar vista ku, aku keluar dan dia terus peluk aku an aku nak menangis balik tapi aku tahan dari menangis depannya. dia cakap, kalau dia pergi PUDU  aku kena ikut. tapi aku tidak tahu lagi sebab ada kereta ka???

sumpah aku sedih dia nak balik penang sudah, tidak ada temanku sudah di sini dan tidak ada tempat ku meluah segala masalah dengan dia...
aku betul2 sedih dia balik sana, sampaikan aku tanya dia balik2...
'' bila datang sini lagi bye ??? '' dia hanya mampu jawab '' nanti bye datang ya ''
aku hanya mamu menangis saja dengar jawapannya...
insyaallah aku dapat jumpa dia balik, insyaallah ... amin ...

<3 love you bye <3 ahmad syahmi hariri bin murad <3 ASH <3 love u so much <3 miss u <3 do not forgetting me <3